Soalan Lazim
Apakah Flexi Parking™?
Flexi Parking™ ialah penyelesaian mudah alih untuk tempat letak kereta di sekitar daerah Penampang. Anda boleh membayar parkir & kompaun tempat letak kereta anda melalui aplikasi mudah alih ini!
Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan Flexi Parking™?
Perkhidmatan ini terbuka kepada SEMUA pemandu kereta yang ingin meletak kereta di tempat yang dirancang oleh Majlis Daerah Penampang.
Perlukah saya mendaftar untuk menggunakan Flexi Parking™?
Ya, sekiranya anda mahu buat pengurusan untuk letak kereta dan kompaun secara atas talian.


