Terma & Syarat

PEMATUHAN MELETAK KENDERAAN / PENGUATKUASAAN UNDANG – UNDANG

  • Pengguna aplikasi pintar Flexi Parking™ adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) dan segala pindaan yang dibuat dibawahnya.
  • Penggunaan aplikasi pintar ini adalah tertakluk kepada tarikh dan masa seperti dipaparan aplikasi pintar Flexi Parking™.
  • Pengguna perlu mematuhi tempoh operasi bagi tempat letak kereta di kawasan pentadbiran MPPenampang yang berkenaan.
  • Hanya dibenarkan meletak kenderaan di petak – petak tempat letak kereta berkupon sahaja.
  • Pembelian menerusi tambah nilai aplikasi pintar Flexi Parking™ tidak mempunyai tarikh luput.
  • Kegagalan dan kelewatan untuk menambah nilai boleh menyebabkan pemilik kenderaan dikompaun oleh Penguatkuasa Majlis yang berkenaan.
  • Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang rayuan berkenaan kompaun ini.

RESIT

  • Flexi Parking™ akan mengeluarkan resit tambah nilai kepada pengguna menerusi aplikasi.

TUNTUTAN / RAYUAN

  • Baki lebihan bagi masa dan wang daripada penggunaan parkir menerusi aplikasi pintar Flexi Parking™ tidak akan dipulangkan atau dikreditkan kepada pengguna aplikasi pintar Flexi Parking™.
  • Sekiranya terdapat sebarang permohonan bayaran balik baki kredit yang tidak digunakan disebabkan alasan yang munasabah, permohonan berkenaan boleh dikemukakan kepada Waja Alammega Sdn, Bhd. di alamat emel info@sabahcpm.com.my untuk pertimbangan pihak pengurusan.

PENAFIAN

  • Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian / kehilangan kredit di dalam akaun Aplikasi Pintar Flexi Parking™ sekiranya pengguna memilih untuk mengakifkan tetapan log masuk secara automatik di dalam Aplikasi Pintar Flexi Parking™.